am@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: “Saya (sudah) dua minggu tak makan. Saya minum air hitam, air coklat, air (dari) periuk kera,” kata Jaslinda Saludin, 49, yang ditemui selamat, hari ini selepas hilang 14 hari Gunung Batu Putih, Tapah di Perak.
Jaslinda berkongsi demikian dalam video yang tular di media sosial dipercayai diambil ketika dia diberi bantuan awal oleh penduduk Orang Asli selepas ditemui di kawasan berhampiran Kampung Lubuk Gaharu di Pos Musoh.
Menurutnya, sepanjang tempoh sesat di hutan, dia kehabisan makanan dan sukar untuk menemui air bersih untuk diminum, malah menyifatkan situasinya ketika ketika itu hampir mati.
“Saya tiada makanan. Saya (sudah) dua minggu tak makan (hanya) tadi makan.
“Saya minum air hitam, air coklat, air periuk kera.. (ketika hilang), jadi rasa ‘mati-mati hiduplah’,” kongsinya dalam video berkenaan.
Terdahulu, Jaslinda dibawa Hospital Tapah oleh pasukan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) JBPM Perak untuk pemeriksaan lanjut.
Berita berkaitan
• ‘Ok tak oklah.. nikmati hidup’ – Jaslinda
• ‘Terima kasih.. minta maaf rakyat Malaysia’ – Jaslinda
• ‘Saya jatuh berkali-kali’ – Kongsi Jaslinda dalam video tulark
• Jaslinda dedah jumpa gua, seperti disuruh masuk
• Bomba sahkan Jaslinda ditemui 3 petang tadi
• ‘Syukur.. tengok gambar tular saya yakin itu Jaslinda’ – kakak
• Kronologi kehilangan Jaslinda
• Kehilangan Jaslinda: ‘Bukan tak nak terima bantuan…’
• SAR Jaslinda dilaksana bersasar mulai esok, BBP Tapah penyelaras maklumat
• ‘Semoga ada keajaiban, khabar baik’ – Keluarga Jaslinda
• Rakaman kamera pengawasan kesan pergerakan Jaslinda menuju Kem Sukaneka
© New Straits Times Press (M) Bhd




