Kanak-kanak maut, 4 individu cedera kemalangan di Sik

Kanak-kanak maut, 4 individu cedera kemalangan di Sik

am@hmetro.com.my

Sik: Kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun maut, manakala empat lagi cedera dalam kemalangan membabitkan dua kereta di Jalan Charok Pelandok, di sini hari ini.

Kemalangan membabitkan Perodua Bezza dinaiki tiga mangsa termasuk dua kanak-kanak berusia dua dan sembilan tahun, dengan Proton Persona yang dinaiki dua mangsa.

Mangsa yang maut disahkan penumpang Perodua Bezza.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sik, Penolong Penguasa Bomba Mohd Jamil Mat Daud berkata, tujuh anggota dikejarkan ke lokasi sebaik menerima panggilan berhubung kemalangan itu jam 2.32 petang.

“Seorang kanak-kanak berusia sembilan tahun dilaporkan meninggal dunia selepas disahkan petugas Kementerian Kesihatan (KKM), manakala empat yang lain cedera.

“Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut, manakala dua lagi dalam kenderaan sama iaitu wanita berusia lingkungan 40-an dan kanak-kanak berusia dua tahun dihantar ke hospital Sik untuk rawatan lanjut.

“Turut dihantar ke hospital sama pasangan warga emas yang menaiki Perodua Bezza yang cedera,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top