am@hmetro.com.my
Tapah: Jaslinda Saludin yang ditemui selamat selepas hilang 14 hari di Gunung Batu Putih, di sini memaklumkan mengalami kecederaan di kepala akibat beberapa kali terjatuh selain luka ringan termasuk gigitan serangga.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, wanita berusia 49 tahun itu memberitahu terjatuh dari ketinggian kira-kira lima meter.
“Katanya dua kali juga dia jatuh pada ketinggian kira-kira lima meter namun berjaya bangun semula. Dia juga maklumkan pernah tiga hari tidak minum air dan cuma bertahan hidup dengan minum air embun sebelum menemukan sumber air dari sungai.
“Beliau juga memberitahu bertahan (hidup) dengan memakan tumbuhan liar seperti buah beri yang tumbuh di hutan,” katanya yang ditemui di pekarangan Unit Kecemasan dan Trauma Hospital Tapah, di sini, malam tadi.
Sabarodzi berkata, dua penduduk Kampung Lubuk Gaharu, Pos Musoh menemui Jaslinda di kawasan sungai ketika mahu memancing dengan wanita itu bertanya arah untuk keluar hutan.
“Jaslinda kemudian dibawa ke rumah Tok Batin serta mendapat layanan amat baik daripada penduduk kampung sementara menunggu ketibaan pasukan Perkhidmatan Perubatan Perawatan Kecemasan (EMRS) JBPM,” katanya.
Beliau berkata, dalam temubual lanjut Jaslinda mengakui berada dalam kawasan pencarian pasukan mencari dan menyelamat (SAR) sebelum ini termasuk di Gunung Rayu dan Bukit Berapit.
“Kawasan-kawasan itu memang kita sudah masuk dan mungkin ada beberapa perkara yang tak dapat dijelaskan, seperti beliau mengatakan tidak mendengar bunyi helikopter dan sebagainya, sedangkan itulah kawasan pencarian kita.
“Namun Alhamdulillah beliau berjaya dan selamat keluar dan pada akhirnya memang dia menyusuri anak sungai sehingga sampai,” katanya.
Katanya lagi, operasi SAR mencari Jaslinda memperlihatkan kerjasama yang baik sama ada di peringkat agensi penyelamat dan kerajaan, Malim Gunung Perhutanan (MGP), serta Orang Asli dan komuniti setempat.
“Kita menggerakkan satu koordinasi dan usaha yang amat bersepadu dan baik yang dilaksana berdasarkan perancangan walaupun mangsa bergerak sewaktu sesat.
“Mungkin juga disebabkan mangsa bergerak menyebabkan kita tak dapat menemui beliau,” katanya.
Berita berkaitan
• 2 minggu tak makan, Jaslinda minum air hitam, coklat, air periuk kera
• ‘Terima kasih.. minta maaf rakyat Malaysia’ – Jaslinda
• ‘Saya jatuh berkali-kali’ – Kongsi Jaslinda dalam video tulark
• Jaslinda dedah jumpa gua, seperti disuruh masuk
• Bomba sahkan Jaslinda ditemui 3 petang tadi
• ‘Syukur.. tengok gambar tular saya yakin itu Jaslinda’ – kakak
• Kronologi kehilangan Jaslinda
• Kehilangan Jaslinda: ‘Bukan tak nak terima bantuan…’
• SAR Jaslinda dilaksana bersasar mulai esok, BBP Tapah penyelaras maklumat
• ‘Semoga ada keajaiban, khabar baik’ – Keluarga Jaslinda
• Rakaman kamera pengawasan kesan pergerakan Jaslinda menuju Kem Sukaneka
© New Straits Times Press (M) Bhd




