Seramai 114 Ahli Parlimen telah dipanggil hari ini untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong bagi mengesahkan pendirian mereka menyokong perlantikan Dato’ Seri Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri ke-9.
Antara Ahli Parlimen yang dipanggil untuk menghadap ke Istana Negara termasuklah dari parti BN, UMNO, serta PAS.
Bagaimanapun bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa mendapat perhatian netizen melalui perkongsian di akaun Twitternya pagi tadi.
Bukan lagi menteri, Annuar dilihat sempat meluangkan masa mencari sarapan walaupun telah dijadualkan untuk menghadap Seri Paduka Baginda hari ini.
Menerusi tweet tersebut, Annuar berkongsi kegembiraannya kerana berjaya menemukan ‘port baik’ untuk mendapatkan juadah nasi berlauk air dingin di sekitar kediaman Ahli Parlimen itu.
Sempat berseloroh, beliau turut mengingatkan penguatkuasa tempatan untuk tidak mengambil tindakan kepada peniaga tersebut yang tidak mempunyai lesen perniagaan.
“Nanti putus supply“, kata bekas menteri yang merujuk kepada hidangan yang di jual itu.
Tweet itu bagaimanapun mendapat perhatian yang mempersoalkan keberadaan Ahli Parlimen Ketereh tersebut.
Bukan itu saja, perkongsian MP Ketereh turut menjadi perhatian ramai setelah beliau dilihat tidak menggunakan pelitup muka ketika membuat pembelian di gerai tersebut.
Tidak habis disitu, netizen turut meluahkan rasa tidak puas hati mereka kepada Annuar Musa kerana dilihat seperti menggalakkan perniagaan tanpa lesen terus dijalankan.
Bagaimanapun, tweet telah mendapat sebanyak 111 ulangciap itu telah dipadamkan kira-kira jam 12 tengah hari tadi.
Sumber : Twitter @AnnuarMusa
