am@hmetro.com.my
Kuala Terengganu: Tiga Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di buka di Terengganu membabitkan dua di daerah Besut dan satu di Kuala Nerus menempatkan 571 keluarga setakat ini.
Menurut Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), dua PPS di Besut iaitu di Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Besut, menempatkan 134 mangsa daripada 33 keluarga.
SK Pulau Perhentian pula, menempatkan 50 Mangsa daripada 12 keluarga manakala PPS Kuala Nerus iaitu di Masjid Pulau Redang, menempatkan 387 mangsa daripada 85 keluarga.
Sementara itu, laman rasmi Public Infobanjir memaklumkan, Sungai Chalok di Jambatan Chalok, Setiu, menunjukkan paras normal iaitu 6.02 meter namun dalam keadaan trend menaik.
© New Straits Times Press (M) Bhd




