Tikam anak saudara sampai mati gara-gara terganggu main game

Tikam anak saudara sampai mati gara-gara terganggu main game
Tikam anak saudara sampai mati gara-gara terganggu main game

Kejadian dipercayai berlaku ketika suspek sedang bermain permainan dalam talian di telefon bimbit. Gambar hiasan

JAKARTA – Seorang lelaki berusia 18 tahun yang juga bapa saudara kepada seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun ditahan polis selepas disyaki membunuh mangsa dalam kejadian di sebuah rumah sewa di Jatisampurna, Kota Bekasi pada 29 Mei 2026.

Polis mengesahkan suspek, dikenali sebagai Gte lah ditetapkan sebagai tertuduh selepas proses siasatan dijalankan oleh pihak berkuasa.

Menurut polis, kejadian dipercayai berlaku ketika suspek sedang bermain permainan dalam talian di telefon bimbitnya, sebelum didatangi mangsa yang merupakan anak saudara dan naik ke bahu suspek sehingga mengganggu tumpuannya.

Keadaan itu dipercayai mencetuskan ketegangan emosi sebelum suspek didakwa bertindak di luar kawalan.

Susulan itu, suspek dipercayai mengambil sebilah pisau dapur sebelum menyerang mangsa sehingga menyebabkan kematian di lokasi kejadian.

Lokasi pembunuhan kanak-kanak berusia dua tahun yang ditikam oleh bapa saudaranya sendiri sampai mati.- Foto Kumparan

Lokasi pembunuhan kanak-kanak berusia dua tahun yang ditikam oleh bapa saudaranya sendiri sampai mati.- Foto Kumparan

Pihak polis memaklumkan, hasil bedah siasat mendapati terdapat 20 kesan tikaman di bahagian wajah dan 12 kesan tikaman di bahagian badan.

“Hasil bedah siasat yang diperoleh daripada Hospital Polis (RS Polri) mendapati terdapat kesan tikaman di bahagian wajah dan kesan tikaman di bahagian badan, menjadikan jumlah keseluruhan kira-kira 32 tikaman pada seluruh tubuh mangsa,” kata pihak polis.

Dalam kejadian sama, suspek turut ditemukan dalam keadaan berlumuran darah dan tidak sedarkan diri di lokasi kejadian dengan sebilah pisau berada dalam genggamannya.

Polis tidak menolak kemungkinan suspek mengalami gangguan kesihatan mental dan dipercayai bergantung kepada ubat penenang, yang sedang disiasat sebagai faktor penyumbang.

Mayat mangsa telah selamat dikebumikan, manakala suspek kini menerima rawatan serta pemeriksaan lanjut di Hospital Polis Kramat Jati, Jakarta Timur.

Kes berkenaan masih dalam siasatan pihak berkuasa bagi mengenal pasti motif sebenar kejadian.- Agensi

Scroll to Top