Pelakon dan usahawan selebriti popular, Nur Fazura mengambil kesempatan menitipkan ucapan dan doa buat anak tunggalnya, Nur Fatima Aisya sempena ulang tahunnya yang keempat.
Menerusi hantaran di Instagram, Fazura bersyukur dan berharap yang terbaik mengiringi perjalanan Fatima.
“Syukur, Alhamdulillah. Genap hari ini anakanda ku Nur Fatima Aisya mencapai umur 4 tahun.
“Fatima sayang, I have prayed for you before you were born and I will continue to pray for you for the rest of my life.
“Fatima anak yang baik. Not only that you have the biggest of hearts, you are incredibly strong, resilient, you stand firm on what you want, you are caring and full of empathy towards everyone you meet.. especially me, your mother,” tulisnya.
Dalam hantaran sama, Fazura juga meluahkan rasa sayangnya terhadap Fatima dan berharap akan sentiasa berada di sisi anaknya itu dikala susah dan senang.
“Semoga Fatima terus membesar dengan sebaik-baiknya, dilindungi Allah SWT dari manusia berhawa nafsu syaitan, menjadi anak, yang solehah, sentiasa menyayangi diri sendiri dan berbuat baik pada semua orang, berjaya di dunia akhirat. Mudah-mudahan. Stay joyful and happy as you are, buah hati ku,” katanya.
Terdahulu, Pada 13 September Ialu, Fazura telah memfailkan perceraian terhadap Fattah tanpa menyatakan perincian sebab mahu bercerai.
Sekadar info, Fazura dan Fattah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017, dan hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Fatima.