Rakan kepada pelawak Shuk Sahar sebelum ini mendakwa Fara Salleh pernah membuat kecoh di booth jualan menyebabkan Shuk memintanya untuk beredar.
Dakwa lelaki terbabit, kejadian itu berlaku di event jualan pada tahun lalu dan kejadian didakwa berulang sekali lagi tahun ini.
Menjelaskan isu terbabit, Fara menerusi satu hantaran di Instagram Story menceritakan situasi daripada pihaknya.
Fara juga memberi sebab menghalau rakan-rakan Shuk yang didakwanya sekadar ‘menempel’ dan membuat ‘semak’.
To mamat jawa Klang, yang kau menempel tu booth “kerabu” as your mention and booth tu takde kena mengena dengan kau. Itu booth laki aku dengan share partner dia. That’s why aku halau kau yang suka menempel situ! Now can see kan kawan-kawan ni semak! To Iqram! Stay away from us, kau geram macam mana pun kau takde hak nak masuk campur. Kenapa kawan lain ok kau semak? This group i mentioned before. Stop here and done!
Dalam hantaran yang sama, Fara memberi amaran kepada Iqram Dinzly supaya menjauhkan diri dan tidak masuk campur di dalam urusan mereka.
Difahamkan, kenyataan yang dibuat Fara ini untuk menghentikan segala konflik yang tercetus di media sosial kini.