Lama menanti, isteri kongsi momen bertemu Azizulhasni semula -“Akhirnya dia milik saya”

Lama menanti, isteri kongsi momen bertemu Azizulhasni semula -“Akhirnya dia milik saya”

Isteri kongsi momen bertemu Azizulhasni selepas lama terpisah disebabkan suami sibuk membuat persiapan untuk Olimpik Paris 2024 tempoh hari.

Menerusi perkongsian yang dibuat Datin Athiah Ilyana bt Abd Samat di media sosial, dia menyatakan selepas tempoh waktu yang cukup lama, akhirnya mereka bersua juga.

@tyajojo

After waiting for sooooooooooooo longggggggg, he’s finally all mine. I pray that the sacrifices we’ve made inspire the younger generation. Every blessing comes from Allah, and any shortcomings are ours. May the youth see how vast the world is, filled with Allah’s endless mercy. Remember, Allah’s plan is always better than ours or anyone else’s. They planned, but Allah also planned. And Allah is the best of planners (8:30). Nonetheless, never give up in pursuing your dreams with determination, always grounded in prayer, trusting in His divine wisdom. Love, Tya & Azizul #azizulawang #parisolympics2024 #hasbunallahwanikmalwakil allahisthemostmerciful@Azizul | Awang

♬ original sound – Tyajojo

Isteri kongsi momen bertemu Azizulhasni, pengorbanan yang mungkin beri inspirasi

Dalam hantaran berkenaan, dia menyatakan sudah menanti begitu lama dan akhirnya bertemu semula serta menyatakan akhirnya jaguh pecut negara itu kembali menjadi miliknya.

Dia juga berharap supaya pengorbanan yang telah mereka lakukan untuk negara dapat memberi inspirasi kepada generasi muda.

“Saya berdoa agar pengorbanan yang kami lakukan dapat memberi inspirasi kepada generasi muda. Setiap nikmat datang dari Allah, dan segala kekurangan adalah milik kita. Semoga para belia melihat betapa luasnya dunia ini, dipenuhi dengan rahmat Allah yang tidak berkesudahan.”
“Ingatlah, perancangan Allah sentiasa lebih baik daripada perancangan kita atau orang lain. Mereka merancang, tetapi Allah juga merancang. Dan Allah adalah sebaik-baik perancang (8:30).
“Namun begitu, jangan sekali-kali berputus asa dalam mengejar impian dengan keazaman, sentiasa berpijak dalam doa, percaya kepada kebijaksanaan Ilahi-Nya,” tulisnya.

Isteri kongsi momen bertemu Azizulhasni, anak menangis jumpa ayah semula

Datin Athiah Ilyana juga berkongsi momen anaknya yang begitu teruja melihat bapa tersayang yang pulang ke pangkuan keluarga di Melbourne ketika berjalan balik dari sekolah.

Artikel lain: Ucap tahniah, Azizulhasni bangga dengan pencapaian Shah Firdaus

Sudah empat bulan tidak menghabiskan masa bersama keluarga

Sebelum ini, isteri kepada Datuk Azizulhasni Awang ada menyatakan bahawa dia dan anak-anak sudah empat bulan tidak dapat meluangkan masa bersama jaguh pecut negara itu susulan persediaan yang dilakukan demi membawa khabar gembira buat Malaysia di Olimpik Paris.

“Pulanglah,  dah 4 bulan anak-anak tak jumpa Abi. Olimpik Paris sangat ‘wow’! tulisnya.

isteri kongsi momen bertemu Azizulhasni

Terdahulu, atlet berbasikal negara itu telah membuat permohonan maaf susulan tidak dapat membawa pulang sebarang pingat apabila disingkirkan sewaktu pusingan pertama acara keirin lelaki.

Hal tersebut bukan sahaja membuatkannya berasa kecewa tetapi turut memberi kesan kepada rakyat Malaysia.

Walau bagaimanapun, prestasi cukup membanggakan daripada seorang lagi wakil, Shah Firdaus sedikit sebanyak membuatkan rakyat Malaysia berasa lega walaupun impian mendapatkan pingat masih belum berjaya.

Sumber: TikTok tyajojo

Scroll to Top