“Tolong Jangan Serang Mama”- Spacedollah Gesa Netizen Bertenang

“Tolong Jangan Serang Mama”- Spacedollah Gesa Netizen Bertenang

Pempengaruh yang juga abang kepada Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq iaitu Spacedollah tampil menasihati para pengikutnya agar tidak menimbulkan kekecohan dan sentiasa bertenang serta tidak menyerang ibunya susulan kekeliruan yang timbul di media sosial baru-baru ini.

Menerusi hantaran di Threads, Spacedollah atau nama sebenarnya Syed Abdullah Syed Abdul Rahman berkata,  ibunya kurang mahir dalam penggunaan teknologi dan media sosial sehingga menyebabkan berlaku salah faham dalam kalangan warganet.

“Saya minta semua bertenang ya. Dan tolong jangan serang Mama.

“Kena faham sikit, Mama ni kurang mahir bab IT. Bab forward WhatsApp dan hantar GIF memang dia pro tapi kalau nak follow-follow tu biasanya anak-anak yang tolong buatkan,” katanya.

Menurut Spacedollah, dia menghargai setiap sokongan dan kasih sayang peminat, namun meminta semua pihak untuk lebih berlapang dada dan tidak memperbesarkan hal remeh  mengenai isu ‘Follow/Unfollow’ di media sosial.

“Saya sayang kamu semua, tapi chill dulu okay? I love you all so much, ” kongsinya.

Perkongsian itu mendapat pelbagai reaksi positif daripada warganet yang menyokong tindakan Spacedollah mempertahankan ibunya dengan cara yang tenang dan berhemah.

Scroll to Top