THOMAS Tuchel dilihat tidak menunjukkan sebarang tanda resah, biarpun skuad kendaliannya, Bayern Munich tewas buat kali ketiga berturut-turut awal pagi Isnin.
Bayern kalah 2-3 kepada Bochum sekali gus membuka ruang buat Bayer Leverkusen yang dibimbing Xabi Alonso selesa dengan kelebihan lapan mata di puncak Bundesliga.
Bayern sebelum ini tewas 0-3 kepada Leverkusen hujung minggu lalu dan kalah tipis 0-1 pada pertengahan minggu di Lazio dalam saingan Liga Juara-Juara.
Mengulas situasi itu mengundang bahaya buat masa depannya Tuchel memberitahu: “Tiada guna bimbangkan perkara itu.”


