Tujuh maut, 82 hilang insiden tanah runtuh di Bandung Barat

Tujuh maut, 82 hilang insiden tanah runtuh di Bandung Barat
Tujuh maut, 82 hilang insiden tanah runtuh di Bandung Barat

Beberapa kejadian tanah runtuh yang meragut nyawa berlaku sejak November lalu. – Foto Agensi

BANDUNG – Sekurang-kurangnya tujuh terkorban manakala kira-kira 82 dilaporkan hilang dalam kejadian tanah runtuh di wilayah Jawa Barat, Indonesia.

Jurucakap Agensi Mitigasi Bencana pada Sabtu memaklumkan tragedi itu berlaku di sebuah desa di Bandung Barat akibat hujan lebat berterusan.

Susulan itu, operasi mencari dan menyelamat (SAR) sedang dipergiatkan, namun dijangka berdepan cabaran cuaca buruk.

Ia merupakan insiden tanah runtuh kedua selepas 11 maut dalam kejadian sama di Desa Cibeunying, Jawa Tengah pada November lalu. – Agensi

Ringkasan AI

  • Sekurang-kurangnya tujuh terkorban manakala kira-kira 82 dilaporkan hilang dalam kejadian tanah runtuh di wilayah Jawa Barat, Indonesia
  • Jurucakap Agensi Mitigasi Bencana pada Sabtu memaklumkan tragedi itu berlaku di sebuah desa di Bandung Barat akibat hujan lebat berterusan
  • Susulan itu, operasi SAR sedang dipergiatkan
  • Namun dijangka berdepan cabaran cuaca buruk
  • Ia merupakan insiden tanah runtuh kedua selepas 11 maut dalam kejadian sama di Desa Cibeunying, Jawa Tengah pada November lalu
Scroll to Top