Tujuh Tahun Tak Bekerja, Salih Yaacob Tak Nak Susahkan Isteri-Isteri

Tujuh Tahun Tak Bekerja, Salih Yaacob Tak Nak Susahkan Isteri-Isteri

Pelakon dan bekas penyampai radio, Salih Yaacob berkata dia mengambil pendekatan menjalani kehidupan serba sederhana memandangkan tiada sumber pendapatan tetap sejak tujuh tahun lalu.

Memetik HibGlam, Salih berkata duit simpanan sudah habis namun meluahkan rasa syukur keperluan asas tidak pernah terputus.

BACA: 7 Tahun Tiada Sumber Pendapatan Tetap, Salih Yaacob Jalani Hidup Sederhana

“Sumber pendapatan dan rezeki mesti ada. Dulu adalah tawaran kerja tapi sekarang apa yang orang bagi itulah sumber saya. Saya hidup dalam keadaan ala kadar sahaja. Kita nak harapkan bantuan, biar Allah yang bantulah.

“Duit simpanan semua dah habis tapi masih boleh bertahan lagi. Sekarang dah masuk tujuh tahun saya tak bekerja tapi alhamdulillah setakat ini tak pernah terputus bekalan beras, ada orang bagi,” katanya.

Sementara itu, Salih berkata dia tidak pernah berdepan  dengan kesempitan hidup serta tidak mahu menyusahkan isteri-isterinya.

“Tak ada sesak, saya daripada dulu tidak pernah rasa begitu. Lagipun saya tak nak menyusahkan isteri-isteri saya. Ikut apa benda yang ada sudah,” katanya.

Terdahulu, Salih menerima rawatan di Hospital Ampang akibat penyakit darah tinggi. 

Sumber: HibGlam


Scroll to Top