Tular surat Ku Li tidak sertai perbahasan Belanjawan 2021

Share on facebook
Share on twitter
Share on email
Share on whatsapp

Kuala Lumpur : Satu surat tersebar di media sosial yang mendakwa Ahli Palimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah tidak akan mengambil bahagian dalam sesi perbahasan Belanjawan 2021 pada 26 November ini.
Surat itu menyatakan, Tengku Razaleigh atau Ku Li tidak akan mengambil bahagian dalam sesi perbahasan yang sedang diadakan di Parlimen.
“Memandangkan kerajaan sekarang masih belum disahkan melalui sidang Dewan Rakyat, saya terikat dengan sumpah (ahli Parlimen) yang dilafazkan sebelum ini maka saya tidak boleh mengambil bahagian dalam perbahasan belanjawan,” memetik kenyataan di surat berkenaan.
Surat veteran UMNO itu ditujukan kepada Speaker Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun bertarikh 19 November lalu.
Ku Li melalui surat itu turut memberi peringatan berkenaan ‘rasuah politik’ dalam usaha membantu kerajaan untuk terus berpaut kepada kuasa.
Dalam surat itu, Tengku Razaleigh tidak membayangkan sama ada dia akan menyertai undian belanjawan atau tidak, walaupun tidak akan menyertai perbahasannya.
Bagaimanapun, sehingga kini tiada pengesahan  surat itu dari Ku Li atau Azizan Harun.
Pengundian Belanjawan 2021 dijangakan berlangsung paling awal pada 26 November  ini.
Jika semua ahli Parlimen hadir dan undian dibuat berdasarkan parti, kehilangan sokongan dua ahli Parlimen kerajaan sudah cukup untuk menggagalkan Belanjawan 2021.

 

ZA137 Malay News
National Desk