Stesen TV senaraikan kesebelasan utama 'benci' Argentina

Stesen TV senaraikan kesebelasan utama 'benci' Argentina

Buenos Aires: Sebuah stesen televisyen di Argentina mencuri perhatian apabila menyiarkan grafik unik memaparkan ‘kesebelasan utama’ individu yang didakwa menjadi pencetus sentimen Argentinophobia selepas kejayaan negara itu naib juara Piala Dunia 2026.

Grafik berkenaan tular di media sosial apabila menyusun beberapa personaliti terkenal dunia mengikut posisi seperti sebuah pasukan bola sepak, namun kali ini terdiri daripada individu yang sering mengkritik atau mencetuskan kontroversi membabitkan Argentina sepanjang temasya berkenaan.

Pempengaruh media sosial terkenal, IShowSpeed, diletakkan di posisi sayap, manakala pencipta kandungan bola sepak Beyond The Match pula disenaraikan sebagai penjaga gol dalam ‘pasukan’ itu.

Turut dipaparkan ialah beberapa personaliti media, pengulas dan individu lain yang sebelum ini mengeluarkan kenyataan atau kandungan yang dianggap anti Argentina oleh penyokong negara berkenaan.

Istilah Argentinophobia mula digunakan secara meluas di media sosial selepas Piala Dunia 2026, dengan penyokong Argentina mendakwa wujud kecenderungan untuk memperlekeh atau mengkritik skuad La Albiceleste susulan kejayaan mereka mempertahankan status antara kuasa besar bola sepak dunia.

Walaupun grafik itu dihasilkan dalam nada sinis dan bersifat hiburan, ia pantas menjadi tular dengan ribuan perkongsian serta pelbagai reaksi daripada penyokong bola sepak di seluruh dunia.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top