Tular video Perodua Myvi dihanyut arus deras, identiti mangsa 2 dikenalpasti

source_img
Share on facebook
Share on twitter
Share on email
Share on whatsapp

Sejak semalam, tular di media sosial satu video kereta jenis Perodua Myvi yang dihanyutkan arus deras selepas cuba melalui kawasan  banjir.

Difahamkan, terdapat dua orang mangsa di dalam kereta itu dan kedua-duanya turut hanyut selepas ditolak arus deras banjir dalam kejadian di Jalan Kionsom Lama Inanam petang semalam.

Dalam laporan yang dikeluarkan Sinar Harian, identiti kedua-dua mangsa telah dimaklumkan sebagai Simon Sanga Tupe, 68 (pemandu kereta) manakala penumpangnya dikenali sebagai Juning berusia 30 tahun.

Menurut, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas, Agustavia Joe Guasi, beliau memberitahu bahawa usaha mencari dan menyelamat mangsa masih dilakukan ketika ini dan kenderaan mangsa ditemui di kawasan Sungai Dambai, Inanam jam 7.20 pagi Sabtu.

“Ketika pasukan bomba melakukan penyelaman, dipercayai terdapat mangsa di dalamnya apabila mereka dapat memegang bahagian bahu dan kepala mangsa,” katanya

Walau bagaimanapun, usaha membawa keluar mangsa masih belum dapat dilakukan dan operasi tersebut masih giat dijalankan.

Terdahulu, satu video tular di media sosial susulan pemandu di belakang kereta Myvi tersebut merakam kejadian berkenaan. Tanpa disangka kereta yang di pandu Simon Sanga Tupe terjunam dan hanyut dibawa arus.

Sumber: Twitter @iniAlannn, Facebook Sabah Times (Foto), Sinar Harian (Asyikin Asmin)