TV3 Akhirnya Beri Penjelasan Mengenai Lelaki Berpakaian Wanita Di AJL39! | Oh! Media

TV3 Akhirnya Beri Penjelasan Mengenai Lelaki Berpakaian Wanita Di AJL39! | Oh! Media

Acara Anugerah Juara Lagu ke-39 (AJL39) yang berlangsung Ahad lepas mencetuskan perdebatan hangat selepas beberapa orang tetamu lelaki hadir dengan pakaian menyerupai wanita.

Penampilan cetus kontroversi

ajl

Rata-rata netizen tidak bersetuju dengan penampilan tersebut kerana dikatakan bertentangan dengan budaya dan agama.

Lebih panas, ada yang menyalahkan pihak TV3 selaku penyiar rasmi kerana didakwa membenarkan insiden ini berlaku.

TV3 beri penjelasan dan mohon maaf

Menurut laporan mStar, TV3 telah menjelaskan bahawa mereka tidak pernah membenarkan mana-mana individu berpakaian bertentangan jantina.

Sebagai stesen penyiaran yang bertanggungjawab, kami sentiasa komited untuk mematuhi garis panduan kerajaan.

Bukan tu jer, TV3 juga mengakui kesal dengan kejadian tersebut dan berjanji akan memastikan perkara sama tidak berulang.

Kami mengambil maklum keresahan masyarakat dan memohon maaf atas insiden ini. Langkah proaktif akan diambil bagi mengelakkan kejadian serupa pada masa akan datang.

#ApaKataOhmedia

Etika pemakaian di acara hiburan tetap perlu menghormati budaya dan sensitiviti masyarakat. Apa pendapat korang? Wajarkah kawalan lebih ketat dikenakan selepas ini?


Scroll to Top