UFC umum pertembungan McGregor-Poirier

Share on facebook
Share on twitter
Share on email
Share on whatsapp

Las Vegas: UFC akhirnya mengesahkan kepulangan Conor McGregor daripada persaraan untuk ke gelanggang oktagon bagi pertembungan berdepan atlet Amerika Syarikat, Dustin Poirier.

UFC memuat naik poster perlawanan di media sosial dengan menyatakan yang pertarungan itu kini “rasmi”.

Kedua-dua atlet MMA itu akan bertarung pada 23 Januari 2021 di UFC 257 dalam kategori lightweight yang tidak menawarkan gelaran.

Ia dijangka diadakan di Fight Island di Abu Dhabi.

Sebelum ini, McGregor mudah menewaskan Poirier pada tahun 2014 dengan menumbangkannya seawal pusingan pertama dengan menggunakan tumbukan dalam tempoh 1 minit 14 saat.

Namun, Poirier yang kini berusia 31 berpeluang menebus kekalahan tersebut.

Sumber: BH

Akmal Hakim
Sports Desk