Vida jatuh sakit, Iqbal Zulkefli jawab tuduhan calit minyak dagu

Vida jatuh sakit, Iqbal Zulkefli jawab tuduhan calit minyak dagu

Sehari selepas program nyanyian Big Stage melabuhkan tirainya, usahawan sensasi Datuk Seri Vida (DSV) dikhabarkan terpaksa menerima rawatan di sebuah pusat perubatan akibat kurang sihat.

Menerusi satu video di TikTok salah seorang pembantunya dikenali sebagai Aniq, usahawan berusia 50 tahun itu dilihat duduk di atas kerusi roda dalam keadaan lemah sambil ditolak oleh anak perempuannya Cik B.

@aniqhsr

Reply to @ezzyyl99 Terima Kasih yang mendoakan DSV 🤲🏻

♬ Ku Ikhlaskan – Dato Seri Vida

Meskipun @aniqhsr menjelaskan bahawa majikannya itu mengalami sakit perut dan berasa pitam, namun segelintir netizen membuat tuduhan apabila mengaitkan kesakitan Vida dengan penyanyi Iqbal Zulkefli.

Ini kerana Iqbal yang juga bekas pemandu peribadi (PA) Vida dilihat menegur ketika usahawan itu duduk di kerusi sebaris dengan juri pada malam konsert akhir tersebut.

@dirafdias33

Sweet je iqbal ngan dsv #fyp #fypシ

♬ original sound – QU PUTEH BARULAH PUT – QU PUTEH BARULAH PUT

Lebih mengejutkan apabila segelintir netizen mendakwa Iqbal telah melakukan perbuatan khurafat dengan mencalitkan ‘minyak dagu’ ke arah ibu tunggal dua cahaya mata itu.

@aniqhsr

Reply to @residentumbrella NAH TAKDE ABG BAJU HITAM. MOTIF KAU NAK PEGANG? 😏

♬ original sound – aniqhsr – aniqhsr

Tidak membiarkan warganet terus menuduhnya, Iqbal yang juga penyanyi lagu Hujan itu hanya mampu ketawa dan menganggap dakwaan tersebut adalah fitnah kerana amalan sihir berdosa besar.

Iqbal menjelaskan, tindakan dia menegur Vida ketika itu hanya untuk bertanya khabar kerana sudah lama tidak berhubung dan bertemu antara satu sama lain selepas dirinya berhijrah ke Indonesia.

Sumber: TikTok @aniqhsr & @dirafdias33 , Instagram Iqbal Zulkefli

Scroll to Top