[VIDEO] Adik Sakat Amira Othman, Beri Hint Bakal Berkahwin Dalam Masa Terdekat? – “Berseri-Seri Dah…”

[VIDEO] Adik Sakat Amira Othman, Beri Hint Bakal Berkahwin Dalam Masa Terdekat? – “Berseri-Seri Dah…”

Adik kepada penyanyi, Amira Othman iaitu Irfan Haris mencuri perhatian selepas dirinya mengusik kakaknya itu yang dikatakan bakal berkahwin tidak lama lagi.

Menerusi sesi siaran langsung tular di TikTok, Irfan yang juga seorang penyanyi itu dipercayai berkata demikian selepas netizen meninggalkan komen dengan mengatakan Amira kelihatan berseri-seri.

“Kak Ya (panggilan Amira) berseri-seri nak kahwin dah…,” katanya lantas membuat isyarat meletakkan jari telunjuk di bibir memberi penanda meminta netizen mendiamkan diri.

Bukan itu sahaja, reaksi rakan Amira yang turut berada ketika mempromosikan tudung produk keluaran Amira itu turut terkejut mendengar kenyataan Irfan itu.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen tertanya-tanya dengan kenyataan Irfan itu sama ada benar Amira akan berkahwin bersama jejaka yang sedang dikatikan bersamanya kini, iaitu aktor, Fattah Amin.

Sebelum ini, tular sebuah video di platform sama menunjukkan ibu Fattah Amin, iaitu Azizah Abdul Ghani memperkenalkan Amira kepada saudara maranya.

@famiracle.detektif

Kak Long blur berpisah tiada 🤪 #FAMIRAcle #DetektifFAMIRAcle #AMiracleForFattah #FattahAmin #AmiraOthman #FattahAmira

♬ original sound – Detektif FAMIRAcle 💜 – Detektif FAMIRAcle 💜

Scroll to Top