Pelakon Kamal Adli sekali lagi meraih perhatian ramai apabila tampil menghulurkan bantuan kepada seorang wanita yang berkongsi kisah sedih mengenai anak lelakinya di media sosial.
Hulur RM100
Screenshot
Menerusi hantaran yang tular, wanita terbabit meluahkan rasa sebak apabila anaknya memahami kesusahan keluarga meskipun masih kecil. Menurutnya, anak tersebut sebelum ini meminta untuk makan nasi ayam, namun dia terpaksa menolak kerana tidak mempunyai wang.
“Abang memang tak pernah nak susahkan mak. Semalam dia minta nasi ayam, tapi mak terpaksa cakap tak ada duit.
“Pagi ni, tanpa minta atau tanya apa-apa lagi, mak tengok dia tengah sibuk kira duit syiling sendiri. Bila tanya, rupa-rupanya dia nak guna untuk beli barang projek sekolah hari ni,” ciapan wanita berkenaan.

Luahan itu turut disertakan dengan permohonan maaf kepada anaknya kerana tidak mampu memenuhi permintaan tersebut, sekali gus menyentuh hati ramai netizen yang membaca perkongsian itu.
Kisah pilu berkenaan kemudian mendapat perhatian Kamal Adli yang dikatakan tampil menghulurkan bantuan sebanyak RM100 kepada budak lelaki itu.

“Terima kasih Kamal Adli, kongsi rezeki untuk anak-anak semoga murah rezeki,” dedahnya dalam perkongsian berasingan.
Artikel lain: Kamal Adli hilang selera makan sejak bercerai – “Saya tak boleh tipu diri sendiri”
Tindakan pelakon itu menerima pujian ramai yang tersentuh dengan sikap prihatin dan kemurahan hatinya membantu insan memerlukan.
Rata-rata netizen turut mendoakan agar urusan wanita tersebut dipermudahkan selain memuji keikhlasan Kamal dalam berkongsi rezeki.
Sumber: Threads_94hanaya




