[VIDEO] Fattah Amin & Amira Othman Saling Tersenyum Manja Di KLFW, Netizen Komen ‘Pasangan’ Bahagia – “Ambillah Bumi, Kami Pindah Pluto”

[VIDEO] Fattah Amin & Amira Othman Saling Tersenyum Manja Di KLFW, Netizen Komen ‘Pasangan’ Bahagia – “Ambillah Bumi, Kami Pindah Pluto”

Keserasian antara pelakon kacak, Fattah Amin dan penyanyi bersuara lunak, Amira Othman, makin mencuri perhatian apabila mereka dilihat semakin terbuka berkongsi kemesraan di khalayak.

Menerusi sebuah video tular di platform TikTok, Fattah atau pemilik nama sebenar, Abdul Fattah Mohd Amin, 35, menghadiri acara Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) pereka fesyen terkenal, Rizman Ruzaini bersama Amira.

Apa yang menjadi bualan ramai adalah momen manis pasangan ini ketika duduk bersebelahan di barisan hadapan, Fattah dilihat berbual mesra sambil berbisik sesuatu kepada Amira hingga penyanyi itu tertawa ceria.

Rata-rata netizen ‘cair’ melihat keakraban tersebut, malah menyifatkan interaksi mereka sangat comel dan romantis.

Meninjau ke ruangan komen, ramai dalam kalangan netizen mengusik kedua-dua ‘pasangan’ ini, sekali gus mendoakan agar segala urusan mereka dipermudah.

@ehmalaysia

#fattahamin cakap apa tu sampai #amiraothman ketawa? #ehmalaysia #klfw

♬ original sound – ehmalaysia – ehmalaysia

Kredit video: EH Malaysia

Scroll to Top