Suami kepada pelakon dan usahawan, Fatin Afeefa iaitu Aliff Awang atau lebih mesra disapa sebagai Opai mencuri tumpuan ramai.
Menerusi sebuah muat naik di platform TikTok miliknya, Aliff berkongsi sebuah video memaparkan dirinya membelikan kelengkapan sukan buat anak tirinya, Ivy Herra Sophia, 9.
Video tersebut menunjukkan Aliff menghadiahkan kasut baharu kepada Ivy sebagai tanda sokongan terhadap anak perempuannya itu yang bakal menyertai pertandingan lumba lari di sekolah.
“Sebagai seorang bapa, anak nak masuk pertandingan lumba lari mewakili rumah biru. Jadi Ivy perlukan segala benda dan saya kena sediakan.
“Masa saya berkahwin dengan isteri saya, saya rasa pelik sebab anak kena ada medal. Tahun lepas Ivy nak masuk pertandingan perbarisan tetapi saya tidak bagi. Tahun ini dia masuk larian,” katanya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tersentuh mendengar kenyataan Aliff yang tidak membezakan anak kandung dan anak tirinya.
@aliff_awang Ivy Ara Sophia Bolt 🇯🇲
Ivy, yang kini berusia sembilan tahun, merupakan cahaya mata hasil perkahwinan Fatin bersama bekas suaminya yang juga seorang pelakon, Adam Shahz.
Pasangan ini disatukan pada 21 Disember 2013 namun memilih untuk membawa haluan masing-masing selepas empat tahun, apabila bercerai pada 30 Mei 2017.
Lima tahun hidup bersendiri, Fatin akhirnya dipertemukan jodoh dengan seorang ahli perniagaan, Aliff Awang, dan mereka mendirikan rumah tangga pada Disember 2022. Hasil perkongsian hidup ini, mereka dikurniakan seorang anak lelaki.
Sebelum itu, Fatin juga mempunyai seorang anak lelaki bernama Adam Aisy Arrian daripada perkahwinan pertamanya.




