Pelakon terkenal, Nazim Othman, menarik perhatian peminat apabila memuat naik sebuah video di akaun TikTok miliknya yang memaparkan dirinya menjalani rawatan wajah di sebuah klinik estetik.
Menerusi video tersebut, Dr. Teo, pakar estetik di klinik berkenaan menyarankan aktor itu untuk menjalani rawatan ‘facelift’ tanpa pembedahan selepas menyuarakan rasa kurang berpuas hati dengan penampilan dirinya di kaca televisyen.
“Nazim mengadu dia nampak garisan bawah mata ketika berada di set penggambaran. Ia membuatkan dia berasa tertekan, murung dan ingin memperbaiki bahagian tersebut.
“Saya mencadangkan rawatan Baby Face Therapy yang berfungsi seperti ‘face lifting’ tetapi tanpa pembedahan. Kami menggunakan filler untuk menegangkan semula wajah serta memberikan kesan awet muda,” katanya.
Menjengah ke ruangan komen ada dalam kalangan netizen menyokong usaha Nazim untuk menjaga penampilan, namun ada juga yang berpendapat pelakon itu sudah pun kelihatan cukup tampan tanpa sebarang rawatan tambahan.

@nazoth I got my “facelift” at @Vogue Clinic .




