[VIDEO] Pengurus Spill Perangai Sebenar Fattah Amin -“Dia Tak Suka Bergaduh & Barang Berjenama”

[VIDEO] Pengurus Spill Perangai Sebenar Fattah Amin -“Dia Tak Suka Bergaduh & Barang Berjenama”

Pengurus pelakon popular, Fattah Amin iaitu Aca atau nama sebenarnya, Sakirin Shak tampil mendedahkan perangai rakannya itu yang dianggap sangat sederhana.

Katanya, menerusi sepotong video pendek yang dikongsikan di TikTok, Fattah merupakan seorang yang tidak suka akan pergaduhan atau sebarang masalah.

“Dia ni tak suka gaduh-gaduh, bising-bising. Tapi, bertekak dengan saya tu adalah.

“Kadang-kadang, dia ni (Fattah) bercakap sekarang tapi dua tiga hari nanti dia lupa. Lepastu, bila kita cakap balik, dia akan mengamuk (kata tak ada cakap macam tu). Perangai dia macam tu lah,” katanya.

Selain itu, Aca turut mendedahkan bahawa Fattah merupakan seorang yang sederhana dan tidak gemar menggunakan barangan berjenama.

“Fattah ni dia simple. Contoh, saya suka barang branded, dia mana suka. Saya je yang selalu paksa dia,” jelasnya.

Scroll to Top