Video usap perut, isteri Aliff Syukri hamil anak keenam?

Video usap perut, isteri Aliff Syukri hamil anak keenam?

Isteri usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Seri Nur Shahida mencuri perhatian warganet apabila dikatakan sedang hamil cahaya mata keenam.

Menerusi aplikasi TikTok, akaun @putera_tujuh berkongsi satu video memaparkan dia menghadiri sebuah acara anjuran ibu mentuanya Rozita Ibrahim di Batang Kali, Selangor baru-baru ini.

@putera_tujuh

Replying to @Lotus baru nampak peyutt Datin Shahida yang comel kan… Berseri-seri Datin #fypシ #aliffsukriterlajaklaris #rumahhutanbondarozita #bondafiestavaganza #jamuratumalaya #shahidadherbs

♬ Kaulah Ibuku – Muhajir Lamkaruna

Tampil dengan persalinan jubah berwarna krim, wanita berusia 37 tahun itu berjalan sambil diiringi ibu mentua selain dilihat memegang bahagian perutnya.

Turut kelihatan suaminya yang juga penyanyi lagu Abang Nak Tegur berjalan di belakang mereka dipercayai menuju ke pentas utama.

Video berdurasi 17 saat itu mendapat 1.1 juta tontonan dan lebih 500 komen netizen yang meninggalkan pelbagai reaksi selepas dimuat naik sejak semalam.

Rata-rata netizen mengatakan mereka kelihatan ‘baby bump’ sekali gus mengucapkan syukur serta tahniah sekiranya benar Nur Shahida sedang berbadan dua.

Malah, segelintir individu memberi pendapat bahawa pasangan itu layak mempunyai ramai zuriat disebabkan kemampuan dan kemewahan yang dimiliki.

Untuk rekod, pasangan itu berkahwin pada tahun 2007 dan dikurniakan lima cahaya mata iaitu Ammaar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham dan Yusoff Al Qardawy dan Raudhah Arshiyah.

 

Sumber: TikTok @putera_tujuh