“Saya dah peluk agama Islam sejak umur empat tahun,”
Itu penjelasan pelakon, Josiah Hogan yang tampil menjernihkan kekeliruan netizen berhubung agama yang dianutinya.
Menerusi satu video yang dikongsikan di TikTok, Josiah atau nama sebenarnya Josiah Padilla Hogan, 39, menjawab persoalan netizen yang sering tertanya-tanya mengenai agamanya.
“Saya selalu dapat soalan tentang agama. Jawapannya, ya… saya memang beragama Islam. Saya dan ibu peluk Islam sewaktu saya berusia empat tahun, manakala ibu ketika itu berumur 24 tahun.
“Kami kembali memeluk Islam di Texas, Amerika Syarikat. Masa tu, ibu baru balik kerja, tiba-tiba dia suruh saya mengucap dua kalimah syahadah. Alhamdulillah, sejak hari itu kami kekal sebagai Muslim sampai hari ini,” katanya.
Dalam perkongsian sama, Josiah turut berharap agar penjelasan ringkas itu dapat mengelakkan salah faham dalam kalangan netizen, terutamanya berkaitan identiti dan agamanya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa syukur dan mendoakan agar Josiah terus istiqamah.
@josiahpadillahogan Replying to @Anna semoga dapat menjawab soalan nie and settle sampai bila2 🤣👍🏻 #josiahhogan #islam #soalan #jawapan #alhamdulilla