Wanita maut, rumah kedai terbakar

Wanita maut, rumah kedai terbakar

nurul.hidayah@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Wanita ditemui maut selepas dapur di rumah kedai di Jalan Rahmat 3, Taman Overseas Union di sini terbakar, hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur berkata, mangsa yang berusia 47 tahun ditemukan di dalam bilik berhampiran ruangan itu.

Katanya, terdahulu pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada 8.43 pagi.

“Seramai sembilan anggota bersama satu jentera daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sri Petaling dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba, kami dimaklumkan berlaku kebakaran membabitkan ruangan dapur dalam rumah kedai yang sudah dipadamkan oleh orang awam,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, kebakaran itu menyebabkan dapur yang berkeluasan 10 kaki persegi (0.929 meter persegi) musnah sepenuhnya dan seorang wanita tempatan meninggal dunia.

Menurutnya, operasi selesai pada 8.53 pagi dan punca kejadian masih dalam siasatan.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top