Wanita warga asing maut terjatuh dari bangunan kediaman di Setapak

Wanita warga asing maut terjatuh dari bangunan kediaman di Setapak

PETALING JAYA: Seorang wanita warga asing maut selepas terjatuh dari sebuah bangunan kediaman di Setapak, dekat sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12.10 tengah hari itu, satu maklumat diterima polis berhubung penemuan mayat wanita berkenaan.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner Mohamad Lazim Ismail berkata, mangsa disahkan meninggal dunia sebelum dihantar ke Hospital Kuala Lumpur bagi proses bedah siasat.

β€œKes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR),” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Terdahulu, tular dalam media sosial memaparkan gambar mayat wanita ditutup menggunakan kain yang dirakam penghuni lain di bangunan kediaman berkenaan. – UTUSAN

Scroll to Top