KOTA BHARU: Seorang lelaki warga emas ditemukan rentung selepas rumahnya di Pasar Gok Kapor, Jalan Pantai Cahaya Bulan di sini terbakar sebentar tadi.
Dalam kejadian pukul 8.40 malam itu, mangsa yang maut berusia 66 tahun dipercayai terperangkap di dalam bilik air.
Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan II Ridzuan Baharudin berkata, pihak menerima panggilan kecemasan pada pukul 8.43 malam dan seramai 35 anggota termasuk pegawai telah ke lokasi.
Katanya, setiba di lokasi bomba mendapati rumah dua tingkat jenis kekal itu sudah 95 peratus musnah.
“Maklumat awal yang diterima, seorang lelaki berbangsa Cina dikatakan telah terperangkap dna meninggal dunia di dalam bilik air,” katanya ketika dihubungi sebentar tadi.
Ridzuan memberitahu, punca kebakaran masih lagi dalam siasatan.-UTUSAN
