Werner lega kemarau gol berakhir

London: Timo Werner lega kemarau jaringan yang menghantuinya selama ini berakhir apabila meledak gol pertama dalam Liga Perdana Inggeris pagi tadi.

Jaringan Werner pada lewat babak pertama membantu Chelsea menumpaskan Newcastle 2-0 di Stamford Bridge, sekali gus melonjak ke tangga keempat liga.
Gol kedua Blues disempurnakan oleh Olivier Giroud.

Ia detik terbaik buat Werner, yang mengharungi 14 perlawanan liga tanpa gol sejak berdepan Sheffield United pada November lalu.
“Sebagai penyerang saya sentiasa mahu menjaringkan gol. Bulan lalu amat sukar dan saya tidak gembira, syukur dapat meledak gol hari ini,” kata Werner.

Penyerang Jerman itu memuji peranan jurulatih baharu, Thomas Tuchel yang membantu meningkatkan persembahannya.
“Dia banyak membantu saya. Dia memang seorang yang bagus dan memiliki idea dalam bola sepak,” katanya. – AGENSI

Malay News
Sports Desk