YouTuber didakwa mencabul direman dua hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on email
Share on whatsapp

Kota Bharu: YouTuber direman dua hari bagi membantu siasatan dakwaan dia mencabul seorang wanita berusia 24 tahun. Perintah reman yang bermula hari ini sehingga esok itu dikeluarkan oleh Majistret Kamarul Hasyime Rosli, hari ini.

Terdahulu suspek berusia 22 tahun tiba di Mahkamah Majistret Kota Bharu jam 10.35 pagi tadi diiringi polis. Siasatan terhadap YouTuber yang juga penerbit dan pengarah drama itu dibuat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan (KK).

Sebelum ini, media melaporkan, satu laporan polis dibuat oleh mangsa terhadap suspek yang beralamat di Kuantan, Pahang itu pada Jumaat lalu mendakwa dicabul lelaki terbabit.

Insiden itu berlaku selepas sesi penggambaran sebuah drama arahan suspek pada pagi, 2 Ogos lalu di sebuah inap desa di Kubang Kerian, di sini.
Laporan itu menyatakan suspek bertindak mencium, memeluk serta meraba bahagian dada dan kemaluan mangsa yang juga pelakon drama itu sebelum melakukan onani ketika mangsa berseorangan di sebuah bilik tidur di tempat kejadian. Suspek tampil menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu pagi semalam sebelum ditahan bagi siasatan lanjut.

Sumber: H.Metro
Malay News Desk