COVID-19: Hamilton diberi kebenaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on email
Share on whatsapp

Abu Dhabi: Juara dunia tujuh kali, Lewis Hamilton dibenarkan kembali berlumba bagi perlumbaan terakhir musim ini di Formula One Grand Prix Abu Dhabi setelah sembuh daripada COVID-19.

Hamilton yang berusia 35 tahun terlepas perlumbaan hujung minggu lepas di GP Sakhir namun FIA dan Mercedes masing-masing mengesahkan bahawa pelumba itu sudah beberapa kali merekodkan hasil ujian negatif COVID-19 semasa menjalani kuarantin selama 10 hari di Bahrain.

“FIA, Formula 1 dan Mercedes-AMG Petronas F1 Team mengesahkan pada hari ini bahawa Lewis Hamilton merekodkan beberapa kali hasil ujian negatif COVID-19”, kata kenyataan pasukan itu.

“Dia sudah melengkapkan kuarantin 10 hari di Bahrain dan boleh meninggalkan negara ini mengikut peraturan pihak berkuasa kesihatan Bahrain”, tambah kenyataan itu lagi.

Hamilton kini sudah tiba di Abu Dhabi setelah mendapat pengesahan daripada pihak berkuasa yang dia boleh melakukannya dan setelah kuarantin yang mendapati hasil ujiannya adalah negatif.

Untuk pengetahuan, perlumbaan Formula One Grand Prix Abu Dhabi akan diadakan pada hujung minggu ini.

Sumber: BH Online

Akmal Hakim
Sports Desk