PEMAIN badminton perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia mahu melangkah lebih jauh selepas mara ke suku akhir Kejohanan Badminton Indonesia Masters pada Khamis.
Aksi pusingan kedua di Istora Senayan, pemain nombor 10 dunia itu tampil lebih garang menewaskan pencabar dari Hong Kong, Angus Ng Ka Long biarpun set pertama diasak hebat sebelum menang 22-20 ke atas pemain nombor 20 dunia tersebut.
Set kedua, Zii Jia yang menyingkirkan cabaran jagoan India, Srikanth Kidambi pada pusingan pertama tampil lebih konsisten mengutip mata untuk kemenangan 21-15 dalam masa 46 minit.
“Sebenarnya hari ini bukan perlawanan mudah kerana kami pernah dilatih jurulatih sama yang mengetahui corak permainan masing-masing.


