Pelakon dan pengarah, Zizan Nin tidak cepat melatah apabila netizen secara terbuka mengkritik imejnya selepas tular sebuah podcast.
Menerusi ciapan di platform Threads, Zizan atau nama lengkapnya, Azizan Nin, 53, dengan matang memberi respons mengatakan wajahnya berubah sesuai dengan usia.
“Ramai kutuk dan memperlekehkan imej berbanding maklumat yang saya kongsikan dalam podcast.
“Respons saya begini, i age gracefully, sejajar dengan usia. Kita menua, bukannya semakin muda,” katanya.
Dalam masa sama, Zizan turut menzahirkan doa berharap agar dia terus diberi kesihatan yang baik.
“Semoga terus sihat, dipanjangkan usia dan jadi warganegqra yang berguna,”’katanya.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen memberi sokongan dan kata-kata positif terhadap Zizan.




