LATEST

146,000 sertai protes bantah kos sara hidup tinggi di Perancis

146,000 sertai protes bantah kos sara hidup tinggi di Perancis

Paris: Seramai 146,000 orang menyertai demonstrasi di seluruh Perancis bagi membantah kos sara hidup yang tinggi, menurut Kementerian Dalam Negeri negara itu pada Selasa, lapor agensi berita Jerman dpa.

Baca juga: 73,498 kanak-kanak enam tahun mohon masuk Tahun Satu pada 2027 – KPM

Kementerian itu memaklumkan bahawa daripada jumlah berkenaan, seramai 28,000 orang menyertai demonstrasi di Paris, manakala kesatuan sekerja CGT menganggarkan jumlah peserta di seluruh negara melebihi 500,000 orang.

Beberapa kesatuan sekerja sebelum ini menyeru supaya mogok dilancarkan, dengan demonstrasi turut disertai pekerja sektor awam, pelajar sekolah dan penuntut universiti.

Pemimpin CGT Sophie Binet turut menggesa kenaikan gaji dilaksanakan segera.

Demonstrasi membantah kos sara hidup yang tinggi telah berlangsung di Perancis sejak beberapa minggu lalu, dengan golongan muda turut menuntut peningkatan peruntukan bagi sekolah serta peluang yang lebih saksama.

Susulan protes berkenaan, kerajaan menaikkan gaji minimum, namun kenaikan itu hanya membabitkan beberapa euro.

Sementara itu, mogok besar-besaran yang diadakan pada awal bulan ini menarik penyertaan lebih 500,000 orang, menurut Kementerian Dalam Negeri, manakala CGT menganggarkan jumlah peserta hampir 1.6 juta orang.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Latest news