Trending
186 PATI ditahan dalam Ops Kutip di Pasar Pudu selepas 320 warga asing diperiksa pihak imigresen.
Kawasan sekitar Pasar Pudu kecoh tengah malam tadi apabila beberapa bangunan yang didiami warga asing diserbu pihak berkuasa menerusi Ops Kutip.
Dalam operasi itu, Jabatan Imigresen Malaysia menahan 186 pendatang asing tanpa izin selepas pemeriksaan dibuat terhadap 320 warga asing di lokasi berkenaan.
Ada cuba lari dan bersembunyi

Menurut JIM Kuala Lumpur, operasi bermula jam 12.05 tengah malam dan melibatkan 137 pegawai serta anggota daripada beberapa agensi. Antaranya JIM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, JIM Putrajaya, JIM Selangor, PDRM, DBKL dan JPN.
Ketika serbuan dijalankan, ada warga asing yang cuba melarikan diri dan bersembunyi untuk mengelak daripada ditahan. Bagaimanapun, cubaan itu gagal selepas mereka berjaya dikejar pihak berkuasa.
Daripada 186 PATI yang ditahan, warga Bangladesh mencatatkan jumlah tertinggi iaitu 118 lelaki. Turut ditahan ialah 28 warga Indonesia, 26 warga Myanmar, lima warga Vietnam, empat warga Nepal, dua warga India, seorang warga Pakistan dan dua warga China.
Dibawa ke depot imigresen

Siasatan awal mendapati mereka melakukan kesalahan mengikut Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tinggal lebih masa dan Seksyen 6(1)(c) akta sama kerana tidak memiliki dokumen perjalanan atau pas yang sah.- Katanya.
Kesemua individu yang ditahan kemudian dibawa ke depot imigresen untuk tindakan lanjut. Operasi seperti ini dijalankan bagi memastikan warga asing yang berada di negara ini mempunyai dokumen perjalanan atau pas yang sah.
Pssttt! Isu PATI ini memang bukan benda kecil sebab ia melibatkan keselamatan, undang-undang dan ketenteraman kawasan setempat. Apa pun, tindakan pihak berkuasa ini penting supaya semua yang tinggal dan bekerja di negara ini ikut saluran yang sah.
Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!




