am@hmetro.com.my
Baca juga: 13 sekeluarga termasuk lima kanak-kanak maut dalam kemalangan
Kulim: Seramai 79 mangsa banjir daripada 20 keluarga kini ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Taman Sang Kancil, Mukim Lunas, di sini, susulan banjir kilat melanda daerah ini.
Sekretariat Pengurusan Bencana Daerah Kulim, Kapten (PA) Amirul Alif Ahmad berkata, ia membabitkan 31 lelaki dewasa, 33 wanita dewasa, sembilan kanak-kanak, dua bayi, dan masing-masing dua wanita warga emas dan orang kurang upaya (OKU).
“Setakat ini, tindakan yang dilakukan adalah dengan mengenal pasti punca kejadian dan menasihati mangsa supaya berpindah ke PPS berdekatan jika keadaan semakin buruk,
“Kami turut mengambil dan mengumpul maklumat kejadian serta butiran mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Terdahulu, media melaporkan, hujan lebat berterusan selama empat jam menyebabkan beberapa kawasan rendah di daerah ini dinaiki air, selain paras sungai meningkat secara mendadak, petang tadi.
© New Straits Times Press (M) Bhd