Baru-baru ini, tular gambar menunjukkan pelajar sekolah menconteng baju dengan perkataan biadab ditujukan kepada cikgu. Kini, tular pula tindakan seorang pelajar membuang buku sekolah di sungai.
Menerusi satu ‘posting’ di Facebook yang dimuat naik oleh seorang lelaki bernama Wan Mahussin Wan Zain, pelajar tersebut dipercayai berbuat demikian kerana ingin meraikan sempena selesai menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Difahamkan lagi, video berkenaan dirakam dan dimuat naik ke aplikasi TikTok sebelum tersebar di serata laman sosial lain termasuklah Facebook dan Twitter.
Menjengah ke ruangan komen, majoriti netizen mengecam tindakan pelajar terbabit yang dianggap sebagai tidak beradab kerana tidak menghormati ilmu malah mencemarkan alam sekitar.






Belum reda isu dua orang pelajar menconteng uniform sekolah dengan perkataan biadab, tiada angin tiada ribut, timbul pula isu pelajar buang buku sekolah di sungai. Inikah generasi muda yang akan mentadbir negara di masa akan datang?
Sumber: Facebook Wan Mahussin Wan Zain


