zulfaizan@bh.com.my
SHAH ALAM: Terengganu FC (TFC) bangkit daripada ketinggalan sebelum berjaya menewaskan UiTM FC 2-1 di Stadium UiTM, Shah Alam, sebentar tadi.
UiTM terlebih dahulu mengejutkan TFC apabila skuad berstatus universiti itu memperoleh gol pembukaan menerusi Mohd Fauzi Abdul Latif pada minit ke-33.
Anak buah Nafuzi Zain terpaksa menunggu hingga minit ke-77 untuk menyamakan kedudukan hasil jaringan David Da Silva.
Mohamad Hakimi Abdullah muncul wira TFC apabila meledak gol kemenangan pada minit ke-87, sekali gus membolehkan skuad Penyu membawa pulang tiga mata.
© New Straits Times Press (M) Bhd



