Terengganu FC mara ke final Piala Malaysia

Terengganu FC mara ke final Piala Malaysia

Pemain Terengganu FC Ivan Mamut (tengah) meraikan jaringan bersama pasukan pada perlawanan separuh akhir kedua Piala Malaysia 2023 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin malam ini. – Foto Bernama.

TERENGGANU FC (TFC) menempah tempat ke perlawanan akhir Piala Malaysia dengan agregat 4-2 selepas menewaskan Kuala Lumpur City FC (KL City) 2-1 pada perlawanan separuh akhir kedua di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak pada Jumaat.

Dengan kemenangan itu TFC bakal berdepan dengan penyandang juara Piala Malaysia musim lalu, Johor Darul Ta’zim (JDT).

Beraksi di hadapan lebih 25,000 penonton, pasukan tuan rumah bermula garang dengan melancarkan serangan seawal minit ke-9 menerusi Liridon Krasniqi namun tendangannya sedikit tersasar ke kanan gawang.

Pada minit ke-13, percubaan daripada Sony Norde ke gawang lawan berjaya ditampan penjaga gol, Kevin Mendoza.

Scroll to Top