Paradoks prinsip teguran

Paradoks prinsip teguran

SAYA ingin mengucapkan Jazakumullahu Khairan di atas komen dan cadangan sahabat agar saya menasihati dan menegur individu berpakaian seperti wanita secara peribadi dan bukannya di media sosial. Secara jujur saya sangat hargai teguran dan pandangan sahabat semua.

Cuma saya ingin mengajak sahabat berfikir apakah ianya suatu paradoks kerana dengan sahabat menasihati saya menerusi komen di laman sosial agar menegurnya secara private, bukankah itu sendiri telah bercanggah dengan prinsip yang sahabat ketengahkan agar menegur secara private

Menegur saya di ruangan komen media sosial agar menegur seseorang yang melakukan kemaksiatan secara terbuka secara private? Kenapa tidak tegur saya secara private sebagaimana saranan sahabat? Saya tidak marah akan saranan tetapi saya suka mengajak sahabat berfikir bersama malahan saya sangat hargai nasihat dan cadangan sahabat semua.

Advertisement

Pertama, kita perlu faham prinsip iaitu di mana niat itu antara seseorang dengan Allah dan kita tidak perlu mempersoalkan niat seseorang. Maka sebab itu saya tidak mempersoalkan apakah niat si pelaku.

Kedua, apabila seseorang melakukan kemaksiatan secara terbuka, maka teguran juga secara terbuka. Yang penting jaga adab dan perkataan ketika menegur.

Ketiga, mungkin, ya saya sebut mungkin niat pelaku adalah menegur lelaki yang menjadi mak nyah atau Transgendertetapi ada cara yang patuh syariah boleh digunakan untuk menegur.

Contohnya, apakah logik seorang wanita yang berhijab membuka hijabnya lalu menayangkan auratnya semata-mata untuk memberikan contoh atau teguran agar jangan ikut perempuan yang perwatakan lelaki (Tomboy atau pengkid dan seumpamanya)?

Ingin menegur atau memperbetulkan kesilapan atau kesalahan seseorang yang bercanggah dengan Islam perlu mengikut prinsip Islam. Jikalau seseorang bermaksiat secara bersembunyi dan kita ketahui, maka kita nasihati dia secara peribadi.

Andai seseorang bermaksiat secara public sama ada dia jahil atau dia tahu tetapi sengaja, maka teguran perlu secara terbuka. Semoga Allah S.W.T kurniakan ilmu bermanfaat kepada kita semua dan jadikan kita faham akan agamanya serta mengampunkan kekurangan kita. Allahuma Ameen

FIRDAUS WONG WAI HUNG
Presiden Multiracial Reverted Muslim (MRM) – HARAKAHDAILY 18/3/2021

PENAFIAN:
HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS. Segala risiko akibat penyiaran ini menjadi tanggungjawab penulis sendiri.

Scroll to Top