Caruman KWSP, PERKESO atlet kurangkan beban Yakeb – Noorul Ariffin

Caruman KWSP, PERKESO atlet kurangkan beban Yakeb – Noorul Ariffin

Noorul Ariffin ketika ditemui pada sidang akhbar Kejohanan Bola Sepak Piala KTM Komuter 2023 di EV Arena Shah Alam hari ini. – Foto: Bernama

PELAKSANAAN caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) bagi atlet di bawah Program Podium sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (Yakeb) dalam menjaga kebajikan atlet.

Pengerusi Yakeb, Datuk Noorul Ariffin Abdul Majeed berkata, caruman KWSP merupakan simpanan masa depan atlet untuk persaraan kelak manakala caruman PERKESO bagi menjaga kebajikan golongan itu jika ditimpa kemalangan, kecederaan atau lain-lain penyakit.

“Ia (caruman KWSP dan PERKESO) juga sebenarnya secara tidak langsung akan mengurangkan beban Yakeb,” katanya kepada pemberita pada Kejohanan Bola Sepak KTM Komuter 2023 di sini hari ini.

Pada 21 November lepas, Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh mengumumkan caruman KWSP dan PERKESO yang akan dilaksanakan bermula Januari tahun depan, telah diputuskan oleh Lembaga Pengurusan Majlis Sukan Negara (MSN) selepas kajian semula skim elaun latihan atlet kebangsaan dengan penekanan kepada kesejahteraan atlet diluluskan.

Scroll to Top