
Hussein (kiri) dan Ehsan ketika sidang media pra-perlawanan Kumpulan E antara Malaysia menentang Jordan sempena Piala Asia 2023 di Pusat Media Utama pada Ahad. Foto Bernama
JORDAN tidak memandang rendah keupayaan Malaysia meskipun berada di kedudukan ranking dunia lebih tinggi iaitu ke-87 apabila kedua-dua pasukan bertemu dalam aksi pertama Kumpulan E Piala Asia 2023 di Stadium Al Janoub di sini esok (16 Januari 1.30 pagi waktu Malaysia).
Ketua jurulatih Jordan, Hussein Ammouta berkata, perlawanan pembukaan adalah penting bagi semua pasukan dan pertemuan esok menentang Harimau Malaya yang dibimbing oleh Kim Pan-gon dari Korea Selatan dijangka sukar.
Bagaimanapun, warga Maghribi berusia 54 tahun itu berkata, fokus pasukannya ialah mengekalkan pertahanan yang kukuh bagi memastikan kutipan tiga mata.
“Kami sedar perlawanan ini tidak mudah, jadi mengekalkan konsentrasi penuh adalah penting. Kami mahu bermain dengan agresif dan memanfaatkan segala kekuatan kami di padang.



