“Kenapalah Orang Malaysia Ni Suka Maki-Maki? Tak Ingat Mati Ke? Istighfar”- Abby Abadi Respons Isu Tinggalkan Komen Di IG DSV

“Kenapalah Orang Malaysia Ni Suka Maki-Maki? Tak Ingat Mati Ke? Istighfar”- Abby Abadi Respons Isu Tinggalkan Komen Di IG DSV

Susulan tindakan meninggalkan komen di ruangan Instagram usahawan selebriti, Datuk Seri Vida (DSV), pelakon dan penyanyi, Abby Abadi kesal dengan respons yang diberikan netizen terhadapnya.

Menurut Abby, dia kekal dengan pendirian menyokong tindakan DSV dan yakin bahawa pemuda yang didakwa mengeksploitasi kanak-kanak itu tidak bersalah.

“Ya betul @datoserivida sependapat dengan saya… Biarlah orang  nak kata apa pun. Saya yakin abang bas tak berniat seperti yang digembar-gemburkan.

“Cepat sangat sesetengah berprasangka. Semoga Allah bantu selesaikan kes ini sebaiknya, Aaminn,” katanya.

Bagaimanapun, komen yang ditinggalkan Abby atau nama penuhnya, Arbaiyah Abdul Manan mengundang rasa kurang senang dalam kalangan netizen, namun terdapat segelintir daripada mereka yang menyokong apa yang dilakukan aktres itu.

Sedar dengan kecaman yang diterima, Abby menerusi hantaran di Instagram Stories miliknya tampil berkongsi semula pautan laporan berita hiburan sekaligus mempersoalkan tindakan netizen yang mudah menjatuhkan hukum terhadap orang lain.

“Saya cuma komen dekat post Datuk Vida sahaja, pun jadi berita sampai ada yang caci maki saya.

“Kenapalah orang Malaysia ni suka maki-maki orang… tak ingat mati ke? Istighfar ya,” balasnya.

ARTIKEL BERKAITAN:“Lama Tak Jumpa Anak Mama Sorang Ni, Rindu Sangat!” – Abby Abadi Akhirnya Dipertemukan Dengan Marissa Dania

ARTIKEL BERKAITAN:“Moga Ada Keajaiban” – Abby Abadi Sedih Da’i Syed Dihukum Penjara?

ARTIKEL BERKAITAN:Netizen Berang, Buat ‘Party’ Di Ruangan Komen IG Abby Abadi ‘Sekolahkan’ Marissa Dania – “Sombong Nak M****s! Terpaling Aslam Je Kat Mata Dia”

ARTIKEL BERKAITAN:Bersalin Bayi Pra Matang, Abby Abadi Mengaku Masih Belum Dapat Khabar Dari Marissa Dania – “Tak Tahu Nak Nasihat Apa”

ARTIKEL BERKAITAN:“Netizen Mana Yang B*ngap Ni”- Abby Abadi Didakwa Putar Belit Cerita, Ajak Individu Sebar Fitnah Bersemuka

Scroll to Top