Tular Nasi Lemak RM410 Di Terengganu, Dah Macam Makan Nasi Kandar! | Oh! Media

Tular Nasi Lemak RM410 Di Terengganu, Dah Macam Makan Nasi Kandar! | Oh! Media

Tular di media sosial baru-baru ini apabila dua pelanggan berkongsi mereka membeli tujuh bungkus nasi lemak di sebuah gerai di Terengganu sehingga menarik perhatian ramai.

Menerusi video yang dikongsi oleh @juraidamamad2 di TikTok, wanita yang dikenali sebagai Umi Nasi Lemak dilihat sedang membungkus nasi lemak buat dua pelanggannya.

Apa yang menarik perhatian adalah jumlah keseluruhan harga nasi lemak yang dibeli, mencecah RM410. Dalam video berdurasi dua minit itu, pelanggan tersebut membeli tujuh bungkus nasi lemak dengan lauk-lauk istimewa seperti dua ekor lobster, dua sotong besar, udang, ayam goreng dan telur puyuh.

“Dah Macam Makan Nasi Kandar!”- Netizen…

Perkongsian tersebut mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan warganet. Ramai yang terkejut dengan harga yang dikenakan bagi tujuh bungkus nasi lemak itu.

Namun, ada juga yang berpendapat ia berbaloi dengan jenis lauk yang diambil, terutama sekali lobster dan sotong besar.

Pemilik gerai, Umi berkata lobster dan sotong memang menjadi lauk laris di gerainya. Dia juga menjelaskan bahawa harga lobster di gerainya hanya sekitar RM90 hingga RM100 sahaja, bergantung pada saiz.

#OhmediaNasihat

Pada Ohmedia, memang tak salah nak menikmati makanan mewah sekali-sekala tapi korang kenalah berbelanja dengan bijak. Pastikan korang tahu harga lauk dan hidangan yang dipilih supaya tak terkejut masa bayar nanti.

Kalau korang rasa harga berpatutan dengan apa yang korang dapat, teruskan sokong peniaga tempatan kita. Tapi, kalau rasa kurang berbaloi, lebih baik cari pilihan lain yang lebih berpatutan!


Scroll to Top