Nafi Tiru Rekaan Samping Motif Keris, Elrah Exclusive Tak Teragak Ambil Tindakan Undang-Undang 

Nafi Tiru Rekaan Samping Motif Keris, Elrah Exclusive Tak Teragak Ambil Tindakan Undang-Undang 

Pengasas baju Melayu terkenal, Elrah Exclusive iaitu El Azman menepis dakwaan telah meniru rekaan kain samping bermotifkan keris yang dikatakan hak eksklusif jenama pakaian milik suami pempengaruh, Tyra Kamaruzzaman iaitu Emran Rijal.

Menerusi sebuah kenyataan bertulis di Instagram (IG) miliknya, El Azman menegaskan pihaknya bersedia mengambil tindakan undang-undang sekiranya dakwaan tersebut menjejaskan reputasi jenama keluarganya.

“Elrah Exclusive menegaskan dakwaan yang dibuat ke atas koleksi Samping Raya Elrah Exclusive 2025 adalah tidak berasas dan tidak mempunyai asas undang-undang yang kukuh.

“Motif keris bukan hak eksklusif mana-mana individu dan pendaftaran hak cipta pada tahun 2025 tidak boleh digunakan sebagai bukti pemilikan sejak tahun 1890.

“Kami juga bersedia untuk mengambil tindakan undang-undang sekiranya dakwaan yang tidak berasas ini menjejaskan reputasi dan kredibiliti Elrah Exclusive,” tulisnya.

Dalam kenyataan rasmi sama, El Azman turut menjelaskan reka bentuk motif keris kain samping tersebut adalah hasil interpertasi tersendiri.

“Motif keris yang digunakan dalam koleksi kami adalah hasil interprestasi tersendiri dan bukanlah salinan langsung daripada mana-mana karya berdaftar.

“Selagi motif yang digunakan tidak meniru secara tepat karya yang telah didaftarkan di bawah hak cipta, ia bukan satu kes pelanggaran,” tulisnya lagi.

Artikel Berkaitan: Dakwa Rekaan Samping Hak Milik Suami Diciplak, Tyra Kamaruzzaman Dedah Bukti El Azman Cuba Mengelat?

Scroll to Top