Penyanyi Shiha Zikir mengaku tidak dapat menahan sebak selepas bertemu pelakon senior, Mat Over baru-baru ini.
Katanya, dia mengundang pelakon itu untuk muncul dalam muzik video terbaharunya berjudul, Renjana memandangkan wajah Mat Over persis Allahyarham bapanya, Mohd Zikir.
“Lagu ni Shiha compose sendiri berkisahkan tentang real life Shiha dengan arwah Abah. Bila sampai set shooting, Shiha jumpa pelakon yang pegang watak arwah Abah.
Ya Allah sangat mirip.
“Kebetulan Shiha juga mirip arwah anak dia.. Dua-dua orang menangis bila jumpa tadi. Rindu Abah sangat-sangat. Al-Fatihah Abah.
“Terima kasih abang Mat Over terima pelawaan Shiha jadi watak arwah abah. Sangat mirip,”tulisnya.

Dalam pada itu, pelantun lagu Kalam ini mendedahkan arwah bapanya adalah individu penting yang mahu melihatnya berjaya dalam bidang nyanyian.
“Arwah abah nak sangat tengok saya jadi penyanyi sebab dia ajar nyanyi adri kecil tapi tak sempat.
“Arwah meninggal hari Jumaat malam. Sedangkan saya dah janji nak balik kampung ambil abah ke Kuala Lumpur hari Jumaat pagi,” kongsinya.





