rnoraina@hmetro.com.my
Sungai Buloh: Polis meminta bantuan orang ramai untuk mengesan seorang lelaki yang dilaporkan hilang di kawasan Lembah Elmina di sini, sejak Selasa lalu.
Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata, polis menerima laporan mengenai kehilangan Mohd Arif Iskandar Samsudin berusia 21 tahun daripada ibunya.
“Laporan dibuat wanita terbabit pada 4.46 petang, 27 Mei lalu menyatakan anak lelakinya tidak pulang ke rumah selepas keluar kira-kira 7 pagi.
“Mangsa kali terakhir dilihat memakai pakaian sukan berwarna hitam di kawasan Lembah Elmina 3, Jalan Metafasa U16/3, Shah Alam,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Justeru, beliau berkata, polis memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai individu terbabit untuk tampil menyalurkannya dengan menghubungi Ketua Balai Polis Kampung Baru Subang Inspektor Ajass Mohamad Ibrahim di talian 018-9748180 atau mana-mana balai polis berdekatan.
© New Straits Times Press (M) Bhd




