Aveta terima 10,000 tempahan, bukti daya saing jenama tempatan

Aveta terima 10,000 tempahan, bukti daya saing jenama tempatan
Rashidi (tengah) ketika melakukan simbolik perasmian Majlis Penyerahan 168 Buah Motosikal Jenama Nova 160 dan Vanguard 250 kepada pembeli, di sini pada Sabtu.

Rashidi (tengah) ketika melakukan simbolik perasmian Majlis Penyerahan 168 Buah Motosikal Jenama Nova 160 dan Vanguard 250 kepada pembeli, di sini pada Sabtu.

KEPALA BATAS – Jenama motosikal tempatan, Aveta Malaysia mencatat kejayaan membanggakan apabila menerima 10,000 tempahan bagi dua model skuter terbaharu, Nova 160 dan Vanguard 250 dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini.

Pengarah Urusan Aveta Malaysia, Steven Lim berkata, jumlah tempahan itu membuktikan produk tempatan masih mendapat kepercayaan dan sambutan hebat dalam kalangan pengguna di negara ini.

“Sambutan yang kita terima untuk dua model ini memang di luar jangkaan dan amat membanggakan.

“Setakat ini, kita sudah berjaya mengagihkan antara 3,000 hingga 4,000 unit kepada pelanggan, manakala baki tempahan akan dihantar secara berperingkat,” katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Penyerahan 168 Buah Motosikal Jenama Nova 160 dan Vanguard 250 kepada pembeli, di sini pada Sabtu.

Rashidi (tengah) menyerahkan replika kunci kepada salah seorang pembeli pada Majlis Penyerahan 168 Buah Motosikal Jenama Nova 160 dan Vanguard 250 kepada pembeli, di sini pada Sabtu.

Rashidi (tengah) menyerahkan replika kunci kepada salah seorang pembeli pada Majlis Penyerahan 168 Buah Motosikal Jenama Nova 160 dan Vanguard 250 kepada pembeli, di sini pada Sabtu.

Hadir sama, Exco Pengerusi Perdagangan, Pembangunan Keusahawanan dan Luar Bandar negeri, Datuk Rashidi Zinol dan Pengarah Urusan CKT Motors, Stone Khoo.

Majlis penyerahan itu turut mencatat sejarah apabila menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBOR) sebagai kali pertama sebuah kilang motosikal bekerjasama dengan kedai jualan untuk mengagihkan kenderaan secara besar-besaran kepada pelanggan.

Mengulas lanjut, Lim berkata, Aveta akan memberi tumpuan sepenuhnya kepada segmen skuter tahun ini berbanding motosikal jenis moped atau kategori lain.

“Pasaran kini sudah berubah. Ramai pengguna memilih skuter kerana ia lebih praktikal dan mudah dikendalikan dengan sistem gear automatik,” ujarnya.

 

Scroll to Top